bermula dari kesedaran diri bermulalah saat yang indah saat mula melangkah mengembara mencari cinta. langkah demi langkah ku atur, ada masa dan saatnya aku tersungkur, namun ku gagahkan jua kaki melangkah semula untuk terus mengembara mencari cinta.
langkah pertama yang aku ambil adalah dengan perubahan pemakaian tudung. aku mula memasang azam untuk memakai tudung labuh. so bermulalah aku shopping tudung labuh bawal bidang 55 dan alhamdulillah aku pakai tanpa ada rasa segan dan malu. untuk kita melakukan perbuahan kita perlu berani untuk membuat perubahan dan sedia terima kritikan orang ramai.
sedar akan dosa yang sering aku lakukan membuatkan diri ini rasa sungguh hina dan tidak layak untuk terus menetap dibumi ALLAH ini. namun sesungguhnya ALLAH itu maha pengamoun dan maha pengasih. pintu taubatNYA masih terbuka untuk hambaNYA yang kerdil lagi hina untuk meminta keampunan. iman ku hanya senipis kulit bawang kadang tewas juga dengan hasutan syaitan dan juga nafsu yang bergelora. tewas juga beberapa ketika, namun muncul jua saat kesedaran namun langkah kaki terkaku disitu. entah mengapa sikap sambil lewa menjelma, inginkan perubahan namun tak pernah untuk melakukan perubahan. perubahan hanya seketika sedangkan terlalu banyak noda-noda yang bertambah atas sedetik perubahan.
ku akui, sukar untuk membuat perubahan, disaat hati ingin berubah muncullah sang-sang penghasut cuba untuk menghasut diri agar terus melakukan dosa. andai diri kuat untuk melawan insyaALLAH perubahan yang ingin dilakukan nyata berjaya namun aku hanya insan kerdil yang hina sering tertewas, kuat ku kadang lemah juga dengan bermacam-macam bisikan yang cuba menghasut. namun itu tak membuatkan aku lemah dan berputus asa untuk terus tekad melakukan perubahan.
langkah pertama yang aku ambil adalah dengan perubahan pemakaian tudung. aku mula memasang azam untuk memakai tudung labuh. so bermulalah aku shopping tudung labuh bawal bidang 55 dan alhamdulillah aku pakai tanpa ada rasa segan dan malu. untuk kita melakukan perbuahan kita perlu berani untuk membuat perubahan dan sedia terima kritikan orang ramai.
alhamdulillah walaupun aku bukan dari keluarga ustaz namun kesedaran untuk memakai stokin dan sarung tangan telah lama aku lakukan. saat sekolah menengah lagi. aku tidak pernah diajar untuk itu hanya diajar solat, mengaji dan menutup aurat. sedari kecil lagi aku diajar dengan pemakaian baju kurung, apabila dah besar baju kurng sudah sebati dengan diri kemana pun aku pergi baju kurung jadi pilihan. pemakaian seluar aku mula pakai saat kaki ku melangkah ke alam universiti namun kekelas aku masih lagi memakai baju kurung cuma apabila ada aktiviti luar baru aku memakai seluar dan t-shirt. sungguh saat aku memakai seluar serasa macam semua mata tertumpu pada aku, sungguh tidak selesa. itulah orang kata tidak selesa tapi kita still juga memakainya.
insyaALLAH lepas ini seluar itu tidak aku pakai lagi akan aku tukar dengan kain pula....
fokus utama aku saat mula mengembara mencari cinta adalah pada tiang agama iaitu solat..
aku bukanlah insan yang sempurna sering juga aku tinggalkan solat secara sengaja ataupun tidak. aku sedar dosa orang yang meninggalkan solat namun aku tetap juga melakukan itu. timbul kesedaran dalam diri untuk aku kuatkan semangat melakukan suruhan ALLAH, menegakkan tiang agama. sedikit demi sedikit aku mula menggantikan solat yang aku tinggalkan dahulu. aku tahu terlalu banyak solat yang aku tinggalkan dan aku harap aku mampu untuk terus istiqamah menggantikan setiap solat yang telah aku tinggalkan. tidak guna mempunyai bumbung yang cantik tapi tiangnya berkarat tiada seri.
membaca al-quran dahulu sesudah solat akan aku baca 2 muka surat namun timbul perasaan malas dan mengejar masa. sudah lama aku tidak menatap ayat-ayat suci itu. sekarang aku cuba untuk istiqamah semula membaca al-quran dan cuba mengamalkan apa yang tertulis dan cuba memahaminya.
insyaALLAH moga aku terus beristiqamah dalam mengembara mencari cinta ilahi. terus melangkah walau kaki tersadung kepayahan dan hasutan. tetap kuatkan hati untuk terus berubah...
saat ini bermulalah satu perubahan yang telah lama tenggelam...
kesedaran itu ada namun untuk melangkah kaki terasa berat...
mogaa perubahan ini tidak lagi mencipta seribu alasan untuk tidak berubah...
anda mampu mengubahnya..
insyaALLAH...
AMIN...AMIN...AMIN...
No comments:
Post a Comment