minta maaf ye...blog nie dibuat sebagai satu diari luahan hati insan yang hina ini...kalau bosan tu minta maaf la ye...enjoy your self....

Monday, April 30, 2012

aku adalah aku...

selama perjalanan hidup ini aku hanya buat ikut kehendak aku ja...segala keputusan datang aku sendiri...lebih dalam bahasa mudah hidup berdikari...sedari kecil tinggal dengan nenek..aku belajar berdikari...apa-apa pun aku hanya minta keizinan sahaja...

andai kata aku meminta pertolongan dari seseorang itu bererti aku betul2 memerlukan bantuan kerana waktu itu aku sudah tidak boleh untuk beerfikir secara nyata lagi...

so dari sebab itulah aku cukup tidak dapat menyakinkan diri ku untuk meminta pertolongan dari orang lain, aku akan berfikir 2 3 4 kali untuk meminta pertolongan walaupun dari keluarga sendiri..cukup susah untuk aku meminta pertolongan..

andai kata aku punyai masalah pun akan aku pendam seorang diri dan andai aku membuka cerita berkenaan dengan masalah aku kepada orang lain itu bererti aku sudah tidak berdaya lagi untuk terus memendam rasa..


kenapa???

kerana aku fikir tidak perlu untuk aku menceritakan segala masalah aku kepada orang lain..biarlah aku merasa pahit manis hidup ini...

kenapa???

kerana insan disekeliling tidak pernah untuk menyoal akan masalah yang aku hadapi..

mengapa???

kerana aku fikir mereka tidak mengerti aku, siapa aku yang sebenarnya
aku insan yang cukup perahsia
andai punya masalah
andai aku bersedih
senyuman tetap terukir dibibir
andai terluka hati 
tidak perlu ku crita seluruh dunia.

aku cuma ingin insan disekeliling aku mengerti jeritan batin ku yang meronta-ronta memerlukan perhatian dari kalian...

aku akui aku jarang untuk telefon ayah untuk bertanya khabar??
adakah kau bertanya kenapa??
kerana aku tidak tahu bagaimana untuk ku memulakan bicara..kerana sedari kecil aku bukan dibawah jagaan ayah..aku terlalu kekok untuk bertanya...namun kau perlu tahu kadang jika aku bermessage walau hanya untuk meminta wang belanja di universiti ayah tetap bercerita situasi dikampung...

aku tidak pernah mempersoalkan tanggungjawabmu kepada adik-adik mu..sedangkan aku sendiri tidak pernah menyoalkan kepada adikmu ini akan masalah...

sungguh aku kecewa kerana itu aku lebih suka memndam rasa seorang diri
andai aku sudah tidak mampu untuk terus memendak rasa aku hanya luahkan hanya kepada mak su yang menjaga aku sedari kecil...hanya dia tahu masalah aku seprti pepatah sekilas ikan diair sudah ku tahu jantan betina....

biarlah aku dengan cara aku...
asalkan aku tidak menyusahkan kalian...

aku adalah aku tidak akan menjadi orang lain...

:)

Wednesday, April 25, 2012

sungguh aku terluka....

bukan aku pinta emas permata mahupun wang berjuta, hanya yang ku pinta secebis perhatian dari mu dari mu sebagai seorang abang, disaat aku bertul mengharapkan engkau untuk menghulurkan bantuan namun engkau pergi meninggalkan aku terkonting-kanting seorang diri.

ya sedari kecil semua benda ku buat seorang diri...aku perlukan bantuan orang pun disaat diri tak mampu lagi untuk berfikir seorang diri. namun aku sering hampa kerana disaat aku perlukan seorang tuk aku sandarkan kepala ku disaat itu jua kau tepisnya...

sungguh aku kecewa..pada siapa lagi untuk ku harapkan untuk ku sandarkan...
sebagai seorang abang itu tanggungjawabmu untuk memastikan adik-adikmu tetap terurus...
sungguh aku kecewa dengan tingkah mu..
sungguh aku kecewa dari dulu lagi saat kau mengambil keputusan untuk berkahwin..
bagi aku punya masih punya tanggungjawab yang belum selesai iaitu menjaga adik-adik mu..
namun aku terpaksa dalam rela...
sungguh aku tidak pernah rasa kau menjalankan tanggungjawab kau sebagai seorang abang sedari kecil lagi...

kau sepatutnya sebagai seorang abang menasihati adik-adik mu terutama sekali aku sebagai adik perempuan mu yang perlu kau jaga dengan sempurna...
bukan dengan kau biarkan aku menentukan setiap langkah kaki ku....
kadang langkah kaki ku tersadung akar kayu..
pada siapa perlu ku berpaut??
bukankah pada engkau wahai abang ku?

sungguh aku hanya perlukan perhatian dan kasih sayang dari kau yang bergelar abang...
tapi kau seolah tidak pernah ingin mengerti naluri seorang adik...
disaat aku ingin dengar nasihat yang membina dari mu..
 namun aku hampa..
bukan itu yang ku dengar...
sungguh aku kecewa...

biarlah aku terus melangkah seorang diri
apa perlu lagi aku berharap padamu??
jika aku berharap lagi padamu sungguh mungkin aku akan tetap kecewa...

walaupun aku tidak pernah menyuarakan apa yang terbuku dihati ku tapi sepatutnya kau bisa mengerti semua itu....

cukuplah hanya sekali ini sahaja aku berharap pada mu...
cukuplah sekali ini saja...

biarlah pengharapan ku hanya pada ALLAH...

DIA lebih mengerti apa yang terbaik untuk hambanya...


Sunday, April 22, 2012

kembara mencari cinta (2)

aku akui aku bukanlah dari keluarga golongan ustaz dan ustazah, namun aku bersyukur aku didik dengan didikan agama yang cukup walaupun pada ketika kecil akulah antara anak yang paling tidak mendengar kata dan cukup malas untuk mengaji( membaca al-quran). dulu-dulu kalau mengaji saja tidak sah kalau tidak berteman dengan air mata tidak kiralah sesiapa pun namun sekarang berlainan pula cara pendidikannya.

aku  bukanlah pelajar jurusan agama mahupun belajar disekolah agama, aku hnya pelajar sekolah harian biasa. apa yang berlaku pada aku atas kesedaran sendiri untuk berubah. sampai bila kau harus berada pada takuk yang lama dan terus membuat dosa sedangkan kita hidup hanya sekali dan usia kita dari kehari semakin tua. dari situ aku mula berbah walaupun perubahan yang aku buat tidak nampak dipandangan mata namun aku tetap berusaha untuk berubah kadang itu boleh dikatakan hanya hangat-hangat tahi ayam saja. namun dihati aku tetap berniat untuk berubah dan terus berusaha untuk berubah.


aku mula bertekad untuk berubah bermula dari cara pemaikaian tudung. dari kecil lagi aku diajar untuk bertudung so tiada istilah aku tidak bertudung. namun pemakaian tudung ku itu tidak sesempurna yang digariskan oleh syarak.  aku mulalah berniat untuk melabuhkan tudung dengan memakai tudung yang bidang besar agar mampu aku tutup aurat ku dengan sempurna. alhamdulillah telah 4 bulan aku mula memakai tuudng labuh tudung bawal bidang 55 dan 60. amat selesa sekali, sungguh aku akui apabila kau memakai tudung yang singkat sungguh aku rasa cukup tidak selesa dan merasakan yang ada mata-mata yang sedang melihat aku. aku bersyukur ALLAH timbulakan perasaan itu dihati aku. aku bukanlah tidak berfesyen aku tetap memakai pashmina namun garis panduan aku pakailah apa saja pun asalkan menutupi bahagian dada ku

sungguh sejuk mata memandang apabila aku melihat seorang wanita yang berpurdah. aku pernah terniat untuk beepurdah namun tiada kekuatan untuk itu kerana aku fikir aku belum cukup kuat lagi untuk terus kekal  beristiqamah dalam pemakaian purdah dan memandangkan faktor kekeluargaan yang mana belum ada lagi ahli keluarga aku yang berpurdah. moga disatu hari nanti aku ALLAH bukakan pintu hati ku untuk berpurdah..insyaALLAH...moga terbuka jalan kearah itu...

Saturday, April 21, 2012

kembara mencari cinta (1)


BERIKUT ADALAH ANTARA KEBAIKAN TERAPI TAHAJJUD MELALUI SATU KAJIAN SAINS
Solat tahajjud ternyata tidak hanya membuat seseorang yang melakukannya mendapat tempat (maqam) terpuji disisi Allah tapi juga sangat penting bagi dunia perubatan dan kedoktoran.
Menurut hasil penelitian Dr. Mohammad Soleh, Pensyarah IAIN Surabaya, solat sunat tahajjud dapat membebaskan seseorang daripada serangan kanser.
Tidak percaya? “Cubalah anda rajin-rajin solat tahajjud. Jika anda melakukannya secara rutin, benar, khusyuk, dan ikhlas nescaya anda terbebas daripada infeksi dan kanser”, ucap Prof Soleh. Ayah kepada dua orang anak itu bukan “tukang ubat” jalanan.
Dia melontarkan pernyataannya itu dalam kertas kajiannya yang bejudul “Pengaruh Solat Tahajjud terhadap Peningkatan Perubahan Respon Ketahanan tubuh Imonologi”. Melalui hasil kajiannya itu, Prof Soleh berhasil meraih gelar doktor dalam bidang ilmu kedoktoran pada Program Pasca Sarjana Universitas Surabaya, yang dipegangnya.
Selama ini, menurut Prof Soleh, tahajjud di nilai hanya merupakan ibadah solat tambahan atau solat sunnah. Padahal jika dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas, secara medikalnya solat itu menumbuhkan respons ketahanan tubuh (imonologi) khususnya pada imonoglobin M,G,A dan limposit-nya yang berupa persepsi dan motivasi positif, serta dapat meningkatkan kemampuan individu untuk menangg-ulang masalah yang dihadapi.
Solat tahajjud yang dimaksudkan Prof Soleh bukan sekadar menggugurkan status solat yang muakkadah (Sunnah mendekati wajid). Ia menitikberatkan juga kekerapan solat, ketetapan gerakan, kekhusyukkan, dan keikhlasan.
Selama ini kata dia, ulama melihat masalah ikhlas ini sebagai persoalan mental dan penjiwaan. Namun sebetulnya soal ini dapat di buktikan dengan teknologi kedoktoran. Ikhlas yang selama ini di pandang sebagai misteri, dapat dibuktikan secara kuantitatif melalui pengukuran tahap hormon kortisol. Parameternya dapat di ukur dengan keadaan tubuh, terang Prof Soleh.
Pada keadaan normal, jumlah hormon kortisol pada pagi hari normalnya adalah antara 38-690 nml/liter.
Sedangkan pada malam hari atau pada selepas jam 12.00 malam, bacaan normalnya adalah antara 69-345nml/liter. “Kalau jumlah hormon kortisolnya normal, maka boleh dianggap bahawa orang itu tidak ikhlas kerana tertekan. Begitulah sebaliknya”. Ujarnya seraya menegaskan hasil kajiannya ini, menafikan paradigma lama yang menganggap pelajaran agama islam semata-mata hanya dogma atau doktrin sahaja.
Prof Soleh membuat kajiannya melalui satu penelitian terhadap 41 responden siswa SMU Luqman Hakim Pondok Persantren Hidayatullah, Surabaya .
Daripada 41 siswa itu, hanya 23 yang sanggup bertahan melakukan solat tahajjud selama sebulan penuh. Setelah di uji lagi, tingal 19 siswa yang bertahan solat tahajjud selama 2 bulan. Solat di mulai pukul 2.00-3.30 pagi sebanyak 11 rakaat, masing-masing 2 rakaat 4 kali salam dan tiga rakaat witir.
Selanjutnya, hormon kortisol mereka di ukur di tiga laboratium di Surabaya (paramita, Prodia dan klinika). Hasilnya mendapati bahawa keadaan tubuh seseorang yang rajin bertahajjud secara ikhlas berbeza jauh dengan orang yang tidak melakukan tahajjud.
Mereka yang rajin dan ikhlas bertahajjud memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individual untuk menghadapi masalah-masalah yang di hadapi dengan stabil dan tenang.
“Jadi solat tahajjud selain mempunyai nilai ibadah, juga sekaligus penuh dengan hikmah dari segi psikologi yang dapat mempengaruhi pengawalan kognisi dan emosi.
Dengan cara memperbaiki persepsi dan motivasi positif secara yang lebih efektif, emosi yang positif dapat meghindarkan seseorang dari strees. Menurut Soleh, “Orang yang selalu mengalami strees(tekanan) itu biasanya mudah sekali terkena penyakit kanser dan penyakit berjangkit.”
Dengan solat tahajjud yang di lakukan secara rutin dan di sertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa, seseorang akan memiliki responimun yang baik, yang kemungkinan besar akan terhindar daripada penyakit infeksi dan kanser. Dan, berdasarkan kesimpulan teknik medikal menunjukkan solat tahajjud yang dilakukan seperi itu, membuatkan seseorang mempunyai ketahanan tubuh yang lebih baik.
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah” : (Al-Kautsar: 2)
Sebuah bukti bahawa keterbatasan otak manusia tidak mampu mengetahui semua rahsia atas rahmat, nikmat, anugerah yang di berikan oleh ALLAH kepadanya. Maka haruskan kita menunggu untuk ianya benar-benal boleh diterima akal kita?”
Sesungguhnya solat malam mempunyai pelbagai kelebihan. Diantaranya, Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.
Kurniaan di dunia ialah:-Jauh daripada segala penyakit, Lahir kesan taqwa pada wajahnya, Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia, Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan) serta Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri, Dipermudahkan hisab, Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat dan Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”
Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah daripada dosa. (riwayat Muslim)
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.
Di antara fadhilatnya :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

عَنْ عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلَاتُهُ

Dari Ubadah bin Shamit RA dari Rasulullah SAW : Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengucap "Tiada Tuhan selain Allah. Tidak ada sekutu baginya. Dia Pemilik Kerajaan dan segala puji hanya untukNya. Dia Maha Kuasa. Segala pujian hanya untuk Allah. Segala Keagungan hanya untuk Allah. Tiada tuhan selain Allah. Allah Maha Besar. Tiada daya dan kuasa kecuali dengan izin Allah." Kemudian mengatakan ""Ya Allah Ampunkan Kami" atau berdoa kepada Allah, maka doanya akan dikabulkan dan apabila dia berwudhuk dan mengerjakan solat malam (tahajjud), maka solatnya akan diterima. Hadis riwayat Bukhari.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Tuhan Kami, Pemberi Berkat, Yang Maha Kuasa, turun setiap  malam hingga ke langit yang paling dekat dengan kita (langit dunia) pada akhir 1/3 malam dan Dia berfirman ; Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku Kabulkan. Sesiapa yang meminta sesuatu dariKu, akan Kuberikan. Sesiapa yang memohon kemapunan kepadaKu, akan Aku ampunkan. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلَاثَ عُقَدٍ يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلَانَ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Syaitan akan mengikat kamu dengan 3 simpulan pada belakang kepala ketika kamu tidur, Pada setiap simbpul dia berkata : Malam masih panjang, maka teruskan tidurmu. Apabila seseorang itu bangun dan mengingati Allah, maka terlepaslah satu simpul. Apabila dia berwuduk, terlepas pula  simpul kedua, apabila dia mengerjakan solat, maka terlepas pula simpul yang ketiga. Dan pada pagi harinya (Subuh) dia akan bangun dengan penuh semangat dan dalam keadaan hati yang baik; sebaliknya, jika dia tidak melakukan perkara tersebut (mengingati Allah, berwuduk dan solat malam), dia akan bangun pagi dalam keadaan hati yang buruk dan malas.Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Lafaz Niat Solat Sunnat Tahajjud
 

أصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala


عَنْ طَاوُسٍ سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ يَتَهَجَّدُ قَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَوْ لَا إِلَهَ غَيْرُكَ

Dari Thaus, beliau mendengar Ibnu Abbas RA berkata bahawa setiap kali Rasulullah SAW  bangun pada malam hari untuk solat Tahajjud, Rasulullah SAW  mengucapkan : Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerajaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang benar, dan janjiMu adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan nabi-nabi itu adalah benar, dan nabi Muhammad saw, adalah benar, dan saat hari kiamat itu adalah benar, ya Allah, kepadaMulah kami menyerah diri, kepadaMulah kami beriman, kepadaMulah kami bertawakkal, kepadaMulah kami bertaubat, Dengan pertolonganMulah kami membantah (orang kafir), kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."  Hadis riwayat Bukhari.


Friday, April 20, 2012

kembara mencari cinta

bermula dari kesedaran diri bermulalah saat yang indah saat mula melangkah mengembara mencari cinta. langkah demi langkah ku atur, ada masa dan saatnya aku tersungkur, namun ku gagahkan jua kaki melangkah semula untuk terus mengembara mencari cinta.


sedar akan dosa yang sering aku lakukan membuatkan diri ini rasa sungguh hina dan tidak layak untuk terus menetap dibumi ALLAH ini. namun sesungguhnya ALLAH itu maha pengamoun dan maha pengasih. pintu taubatNYA masih terbuka untuk hambaNYA yang kerdil lagi hina untuk meminta keampunan. iman ku hanya senipis kulit bawang kadang tewas juga dengan hasutan syaitan dan juga nafsu yang bergelora. tewas juga beberapa ketika, namun muncul jua saat kesedaran namun langkah kaki terkaku disitu. entah mengapa sikap sambil lewa menjelma, inginkan perubahan namun tak pernah untuk melakukan perubahan. perubahan hanya seketika sedangkan terlalu banyak noda-noda yang bertambah atas sedetik perubahan. 

ku akui, sukar untuk membuat perubahan, disaat hati ingin berubah muncullah sang-sang penghasut cuba untuk menghasut diri agar terus melakukan dosa. andai diri kuat untuk melawan insyaALLAH perubahan yang ingin dilakukan nyata berjaya namun aku hanya insan kerdil yang hina sering tertewas, kuat ku kadang lemah juga dengan bermacam-macam bisikan yang cuba menghasut. namun itu tak membuatkan aku lemah dan berputus asa untuk terus tekad melakukan perubahan.


langkah pertama yang aku ambil adalah dengan perubahan pemakaian tudung. aku mula memasang azam untuk memakai tudung labuh. so bermulalah aku shopping tudung labuh bawal bidang 55 dan alhamdulillah aku pakai tanpa ada rasa segan dan malu. untuk kita melakukan perbuahan kita perlu berani untuk membuat perubahan dan sedia terima kritikan orang ramai.



alhamdulillah walaupun aku bukan dari keluarga ustaz namun kesedaran untuk memakai stokin dan sarung tangan telah lama aku lakukan. saat sekolah menengah lagi. aku tidak pernah diajar untuk itu hanya diajar solat, mengaji dan menutup aurat. sedari kecil lagi aku diajar dengan pemakaian baju kurung, apabila dah besar baju kurng sudah sebati dengan diri kemana pun aku pergi baju kurung jadi pilihan. pemakaian seluar aku mula pakai saat kaki ku melangkah ke alam universiti namun kekelas aku masih lagi memakai baju kurung cuma apabila ada aktiviti luar baru aku memakai seluar dan t-shirt. sungguh saat aku memakai seluar serasa macam semua mata tertumpu pada aku, sungguh tidak selesa. itulah orang kata tidak selesa tapi kita still juga memakainya. 
 insyaALLAH lepas ini seluar itu tidak aku pakai lagi akan aku tukar dengan kain pula....

fokus utama aku saat mula mengembara mencari cinta adalah pada tiang agama iaitu solat..

aku bukanlah insan yang sempurna sering juga aku tinggalkan solat secara sengaja ataupun tidak. aku sedar dosa orang yang meninggalkan solat namun aku tetap juga melakukan itu. timbul kesedaran dalam diri untuk aku kuatkan semangat melakukan suruhan ALLAH, menegakkan tiang agama. sedikit demi sedikit aku mula menggantikan solat yang aku tinggalkan dahulu. aku tahu terlalu banyak solat yang aku tinggalkan dan aku harap aku mampu untuk terus istiqamah menggantikan setiap solat yang telah aku tinggalkan. tidak guna mempunyai bumbung yang cantik tapi tiangnya berkarat tiada seri. 


membaca al-quran dahulu sesudah solat akan aku baca 2 muka surat namun timbul perasaan malas dan mengejar masa. sudah lama aku tidak menatap ayat-ayat suci itu. sekarang aku cuba untuk istiqamah semula membaca al-quran dan cuba mengamalkan apa yang tertulis dan cuba memahaminya. 


insyaALLAH moga aku terus beristiqamah dalam mengembara mencari cinta ilahi. terus melangkah walau kaki tersadung kepayahan dan hasutan. tetap kuatkan hati untuk terus berubah...

saat ini bermulalah satu perubahan yang telah lama tenggelam...
kesedaran itu ada namun untuk melangkah kaki terasa berat...
mogaa perubahan ini tidak lagi mencipta seribu alasan untuk tidak berubah...
anda mampu mengubahnya..
insyaALLAH...

AMIN...AMIN...AMIN...




Thursday, April 12, 2012

abis study??

mesti tension kan bila semua orang soal apa yang kita akan buat lepas abis study...so dalam keluarga yang sporting macam keluarga saya ni soa kawin la soal yang hangat diperkatakan. tambah-tambah lagi bila ayah dan mak tahu yang saya dulu pernah berkawan dengan seorang lelaki tapi tu dulu sekarang ni saya dah single dah. tambah pula bagi anak perempuan sulung cabaran tu lagi hebat, ya la bukan apa dah nama pun anak perempuan mesti ayah dan mak nak yang terbaik tuk anak diaorang kan. setiap kali saya balik kampung terutama sekali cuti sem mesti soal kawin sering ditimbulkan oleh ayah dan mak. soal wang hantaran...tambah-tambah anak perempuan punya segulung ijazah walaupun tak tara mana pun...keluar dari mulut ayah berbelas-belas ribu la so saya harap sangat tu hanya gurauan dari ayah. mak pun apa kurang nya walaupun anak dia ni malas serba serbi(bukan tak pandai tapi malas ja) pun mak kata dalam berbelas-belas ribu. kalau kena dengan laki yang punya pendapatan yang okey...boleh la tahan tapi kalau kerja biasa-biasa ja macam mana tu. harap mak dan ayah hanya gurau semata saja.

balik ari tu mak membebel juga la yang anak dia nie malas nak belajar masak menjahit....mak nak bagitau mak ni..anak mak ni bukan lah xpandai sangat nak masak nak menjahit just anak perempuan mak ni malas ja...setakat masak tu insyaALLAH...menantu mak tak kebulur kot, boleh la setakat nak goreng telur, masak nasi...ahhhahahahaaa....ya saya tak nafikan yang sebagai orang tua mereka mesti risaukan saya nama pun anak perempuan..anak kesayangan pula tu...anak manja......setakat nak masak yang simple-simple tu boleh la...nak suruh saya masak yang power-power takut nanti masuk hospital ja...saya ingat lagi waktu bulan ramadhan saya nak masak satu kuih ikut resepi dalam buku..hahahahaa...punya semangat nak buat...kuih tu kena kukus...hahhahahaa.....panaskan periuk..tup tup tudung periuk tu xboleh nak buka....ahahhahaha...itu lah kali terakhir saya buat...

saya dari kecik nak makan kena cari sendiri..makanan kesukaan mesti lah maggie...hari-hari makan maggie.....kalau masak nasi lauk mesti telur goreng, jarang boleh makan ayam...tambahan pula saya tinggal dengan nenek....so masakan saya lebih kepada masakan kesukaan orang tua atau masakan kampung. nak up sikit ni...kalau saya masak gulai mesti dapat pujian...ehheheehhee....so dari kecik lagi dah pandai masak...cuma bila dah besar dan tambahan pula dah duduk jauh ni dia jadi malas...uhuhuhhuuhu...

alaaaa...setakat nak masak:
gulai
masak lemak
masak sambal
masak kicap
goreng telur
masak maggie
masak sayur air
dan mcam-macam lagi la...

bukanlah nak up diri sendiri...

setiap manusia ada kelebihan sendiri...

so berbalik kepada persoalan utama...bila dah abis study..
awal bulan lepas saya balik kampung dan di interviwe oleh my mak..berkenaan dengan bila abis study..
mukadimahnya:

mak: abis mengaji bila?
saya: bulan lima, lepas tu praktikal 2 bulan sampai bulan 7
mak: lepas tu nak wat pa?nikah??
aku: hanya mampu senyum :)...hahahaa...tak perlu kata apa-apa.

mak calon xdak lagi...ikut hati memang sekarang juga mau kawin...
saya bukan saja nak cari seorang suami yang terbiak tapi juga menantu yang terbaik tuk ayah dan mak saya..


sapa sanggup makan maggie hari-hari???
ada ka yang sanggup???
:)

main masak-masak 2

 nie mee lidi goreng + kentang goreng...
tuang sikit sos.....
 cucur ikan bilis...
entah napa masak malam tu jd naik macam apa dah....huuhuhuu
 ni nasi goreng ikan bilis+cabai melaka....
 ni bihun goreng...
letak sos...so siap tuk di makan...
kureng sikit sebab lembik...heheehee...

semua koleksi ni aku masak pakai rice cooker bukan senang nak masak tau..
agak-agak boleh masuk master chef tak??
mak nur bukan tak reti masak tapi malas ja nak masak...heehehehee

Wednesday, April 11, 2012

....................

Tak pernah ku fikirkan
Kita berdua harungi suka duka
Zaman sebaya
Bersama mengejar impian
Menuju punca yang kita impikan

Ku begitu jua 
Sering terkenang kisah kita
Janganlah ia dipadamkan
ikatan persahabatan

Kita memendam rasa
(Tak mungkin ku lafazkan)

Kita cuba mendusta
(Tak pernah ku fikirkan)

Kita tak mungkin terpisah

Itulah janji yang pernah tercipta

Lupakan kisah duka
Kita cantum semula
Rahsia yang pernah terbina
Dua teman yang setia
Janganlah dipersia
Segala yang terjalin indah
Tidak pernah kita menduga
Biar takdir menentukan segalanya

gerhana-ziana zain

Benar... aku yang bersalah
Mungkin... tiada kemesraan di hati
Harus... kau fikirkan jua...
Segala perubahan sikap mu itu
Bukan niat ku
Melukakan hatimu

Tika ia bermula
Cinta kita bersinar
Masih dalam ingatan
Paduan... janji

Jangan kau persoalkan
Dimana kejujuran
Masih engkau sangsikan
Keikhlasan ku

Berapa lama... mungkin
Kesabaran ku ini terang yang tiba
Jadi gerhana
Ada cahaya redup
Seketika

Benar... aku yang bersalah
Mungkin... tiada kemesraan dihati
Terang yang tiba
Jadi gerhana

Thursday, April 5, 2012

main masak-masak (1)

aku ni malas sebenarnya nak masak tp ada juga la kepakaran tuk masak..
selalu kena bebel dengan mak aku sebab bila aku balik umah bukan nak masuk dapur...
huhuhuhuuuu...

tp sekali aku masak melambung orang puji..
ehehe..
 nie masak lemak (kuning) telur...
mak su aku cakap aku kalau masak guna2 santan ni memang kepakaran aku tambah2 gulai/kari...
 masak lemak (kuning) telur dan sosej goreng.....
 ni cucur ikan bilis....
 daging beger goreng dan cendawan goreng...
first time buat cendawan goreng..pergh...hehhehe
 nie sapa tak kenal...
mesti la telur dadar...
 tom yam..first time masak sebab sebelum nie suruh orang masak ja...
nampak lawa dah tp xcukup rasaaa masam...
(lain kali cuba lagi)
 nampak tak gmbar apa nie???
nie bubur nasi..
selalu saya masak bubuh air je tp kali nie masak bubuh santan bg lemah ckit..
 ni ikan bilis goreng dengan telur masak merah kot(letak sos tiram n soso cili)
potong cabai ckit bagi pedas...
 bubur nasi dicampur dengan lauk pauk td telur n ikan bilis goreng+ kicap sebab saya suka kicap
 ni second time masak bubur tp rasa kureng ckit myb byk santan kurang air sbb rasa santan je..
wow...first time ni sya masak spagetti...boleh tahan...hehehee..