minta maaf ye...blog nie dibuat sebagai satu diari luahan hati insan yang hina ini...kalau bosan tu minta maaf la ye...enjoy your self....

Saturday, June 25, 2011

kepelikan yang dibuat-buat

apa ada pada baju yang mcm nie.??pelik ke bila seorang wanita muslim pakai baju mcm nie, rasanya xpelik pun yang pelik bila orang zaman sekarang yang pandang baju mcm nie mcm dah ketinggalan zaman...bagi aku senang pakai baju mcm nie coz xdak org akan tengok..aku rasa xselasa bila aku pakai seluar and t-shirt rsa mcm org laki asyik dok tengok aku ja...alhamdulillah kerana dari kecik aku dah dididik dengan pakaian yang macam nie..pakai baju kurung, aku pakai seluar pun lepas aku masuk u bukan culture shock tapi sebab bila dah jd student niekan xsemua aktiviti bleh kita wat dengan pakai baju mcm nie..klau aku kuar beli makanan kat cafe ja aku pakai seluar tapi pergi class xkira la mlam atau siang aku tetap senang pakai baju kurung atau jubah..skunk aku dah jinak2 pakai jubah...insyaALLAH akan aku jinak2 labuhkan tudung plak..maksud aku sempurnakan lagi pemakaian tudung yang lebih baik. aku adalah aku, bekasa roomate aku pernah kata aku ada banyak blouse yang cantik2 tapi npa xpakai pergi class.adakah dia msih belum kenal aku siapa?aku adalah aku..tetap akan macam tu pedulikan apa orang kata..aku lebih selesa pakai baju yang macam tu.

bukan nak bangga atau apa tapi itu adalah aku, so aku jadi aku la. dia kata napa aku xpakai t-shirt yang ada rambu ramba..entah apa-apa.dia kata lagi kalau dia kurus dia akan pakai macam tu..aku kta dlam hati.aku tetap aku..kalau aku xselasa dengan sehelai baju aku xakan pakai lagi lepas tu..koleksi aku semestinya banyak baju kurung la..2 helai jubah..lepas nie banyak la jubah tu.walaupun bila kat u bila aku nak kaur shopping complex aku lebih suka pakai seluar coz entah la senang nak gerak kot tp doakan aku lepas nie kuar shopping complex pun pakai baju kurung sebab kat kampung bila aku nak kuar aku akan pakai baju kurung, bukan nak belakon baik depan mak ayah..entah la...insyaALLAH aku akan cuba ubah trend tu..ok ja orang lain kuar mega mall pakai baju kurung..mulut orang tak boleh nak ditutup biarlah mereka.

satu lagi bab aurat...pelik aku, sekali bila kita tengok cukup sempurna seseorang tu menutup aurat dia, namun dua kali tengok pakai baju lengan pendek, tiga kali tengok xpakai tudung..aku bercakap berdasarkan pengalaman aku selama hampir tiga tahun aku dekat u. lihat kawan2 aku yang kadang tu cukup sempurna. ALLAH ampunkan dosa mereka. alhamdulillah kerana aku dibesarkan dalam keluarga yang menitik beratkan soal agama. so aurat aku dah terjaga, pakaian aku dah terbela..alhamdulaillahbersyukur kepada ALLAH, namun aku hanya manusia biasa yang kadang tu sering melakukan kesilapan, masih banyak lagi khilaf yang perlu aku perbaiki..

yang paling aku pelik bila seseorang wanita pakai tudung semata-mata pakwe suruh..aduh lagi parah namun pakai tudung hanya dia luar rumah ja tapi dekat rumah sering berskype dalam keadaan aurat yang terdedah..nauzubillah moga ALLAH menganmpuni dosa mereka. bukan niat membuka aib sesiapa namun sebagai renungan bersama. moga kita sentiasa dibawah payung rahmat yang esa..insyaALLAH.

kawan-kawan ayuhlah kita mulakan langkah baru untuk berubah, niatkan semuanya kerana ALLAH, insyaALLAH ALLAH akan permudahkan segala urusan kita untuk berhijrah. lakukanlah perubahan itu sekarang tidak perlu tunggu esok hari kerana kita tidak tahu adakah kita masih lagi bernafas untuk sehari lagi. dengan takbir ALLAHUAKBAR niatkan dihati, kuatkan iman mu dan istiqamah kan setiap perubahan mu moga ianya berkekalan hingga akhirnya..insyaALLAH

No comments:

Post a Comment