berkenalan dengan lelaki adalah perkara biasa bagi wanita masa kini, namun kita lupa batas-batas pergaulan kita, aku sering terfikir adakah ini ujian yang allah turunkan buat aku, diuji dengan cinta manusia iaitu lelaki. sedari aku menjejak kaki ke sekolah menengahramai lelaki yang cuba untuk rapat tapi waktu itu aku tidak layan, sampai ada lelaki yang ku anggap adik ingin berkawan dengan aku akhirnya kami menjadi adik dan kakak angkat.
hinggalah aku di tingkatan 3 dimana saat itu barulah ujian sebenar melanda, ketika saat aku bertemu sang lelaki di satu kem, dari sekolah yang sama, sejarah pun bermula menjadi rapat namun akhirnya putus, namun ditengah-tengahnya ada juga sang lelaki yang cuba untuk meminta izin untuk menjadi teman ku, namun aku mengutusnya surat menolak cintanya keran ilmu itu lebih penting dan jika memang dah dijodohkan INSYAALLAH kita pasti bersama. ALHAMDULILLAH hingga sekarang aku masih berkawan dengan nya, tapi mesti semua orang pelik bukan berkawan tanpa pernah bertemu, sudah hampir 9tahun kami berkenalan namun tidak pernah melihat wajah masing-masing, namun tidak ada cinta disitu hanya kawan biasa.
masuk tingkatan 4 melalui kawan aku berkapel, pelik saat itu hati aku tidak mahu berkapel lagi namun saja nak ikut kawan, yang ini juga berkapel tanpa bernah bersua, akhirnya putus itu keputusan yang aku ambil.
masuk tingkatan 5 melalui kawan juga aku berkenalan dengan seorang lelaki dan buat pertama kalinya dia datang ke rumah namun tidak masuk bertemu keluarga dan pada mas itu aku tinggal dengan nenek. berjumpa hanya ditepi jalan. dia meminta untuk berkapel nmaun jawapan aku padanya tidak, tapi akhirnya aku rebah aku setuju hanya keran simpati. perhubungan yang dilalui penuh ranjau aku yang dibesarkan dalam keluarga kampung mestilah banyak pantang larangnya. kami sering bergayut ditelefon, hingga pernah dimarah oleh nenek, sering keluar bersama tidak kenal waktu kadang hingga lewat penat ditemani kawan. hari makin hari aku mula bosan dengan cinta sang laki-laki ini kerana pertama kali bersua sudah mahu tangkap gambar berdua dan yang peliknya dia adalah pelajar dari sekolah pondok. akhir-akhir hubungan kami sering bergaduh kerana aku tidak keluar berjumpanya, habis tingkatan 5 aku bekerja di pekan, satu hari aku erserempak dengannya namun aku cuba melarikan diri. malam itu dia menelefon aku dan marah-marah. aku cukup bosan dengan lelaki yang suka marah-marah dan suka mengongkong aku. tepat 8 jun 2006 aku minta putus keran sudah tidak tahan lagi. macam mana aku mahi tahan, pada satu malam bekas kekasihnya telefon aku dan marah-marah aku. aku bertanya padanya siapa yang memberi nombor telefon aku, namun akhirnya aku yang kena marah. akhirnya aku minta putus. sebenarnya masa aku di tingkatan 6 dan saat aku masih lagi berkawan dengan laki-laki itu ada juga laki-laki yang cuba memikat namun aku tolak kerana sudah ada buah hati.
hampir bertahun juga aku keseorangan, hingga aku masuk universiti. namun ku pasti semuanya telah tertulis untuk aku. aku bertemu kembali dengan dia yang pernah cuba memikat aku. kami terpisah hampir 2 tahun kerana dia hanya sementara saja di tingkatan 6 selepas itu dia menyambung pelajaran di poli. kami tukar nombor telefon. disitulah sejarah bermula apabila dia kembali cuba untuk memikat aku, namun tidak mudah yang disangka. setiap kali dia bertanya jawapan aku mesti 'tidak'. namun kami tetap bermsg dan telefon hingga 2 3 pagi. namun akhirnya aku tewas juga, mana boleh aku tidak jatuh cinta kerana hari-hari dia memujuk. akhirnya aku bersetuju berkawan dengannya pada september 2010. aku berkenan padanya bukan kerana ketampanannya tapi kerana agamanya, dia sering mengingatkan aku tentang hal-hal agama. hinggalah buat pertama kalinya kami keluar bersama dengan pengetahuan ayah dan ibu aku pun keluar tapi tidak ada apa-apa yang kami lakukan hanya keluar tengok wayang. kali keduanya kami keluar kerana aku temannya buat medical checkup. dia yang datang mengambil aku dirumah dan menghantar aku kerumah tapi tidak pernah bertemu dengan ayah. semuanya berjalan dengan aman, namun kami juga seperti kapel-kapel lain yang sering bergaduh, namun kami bergaduh bukan kerana cemburu tapi kerana hal agama. pernah dia marah kepada aku kerana aku tidak solat subuh, bukan atas kehendak aku begitu secara kebetulan waktu itu aku naik bas amhu pulang keuniversiti di pahang mengambil masa hampir berjam-jam dan secara kebetulan pula jalan sesak teruk maklumlah semua mahu pulang ke kota selepas hari raya. kerana itu dia marahkan aku, dia letak telefon dan terpaksalah aku meminta maaf. hampir sehariian juga dia marah pada aku. kerana itulah aku terpikat padanya. namun segalanya sedikit berubah apabila dia dapat sambung belajar di polimas. sibuknya memanjang, namun masih ada juga waktu untuk aku. ahh..siapa yang boleh tahan tengah-tengah kami bercakap telefon dia boleh tertidur..namun aku tidak kisah semua itu. hinggalah pada satu tarikh yang tidak mungki aku lupakan 4 februari 2011 aku mengambil kepputusan untuk berpisah, sambil aku menaip msg sambil air mata aku berjuraian. mana boleh aku melepaskan lelaki sebaik dia, bagi aku dia sudah cukup sempurna, namun kerana marah aku mengambil keputusan untuk putus. marah kepadanya yang hampir 4 hari tidak msg, call pun hanya 5minit. dan siapa yang tidak cemburu jika ibu kepada seorang perempuan telefonnya bertanya tentang hubungan dia dengan anaknya. namun aku percaya kepadanya, kerana dia terlalu cerewet memilih wanita.kami putus dalam erti kata berhenti dari msg selama 4 taun dan jika ada jodoh aku akan kembali mencarinya. namun aku tidak sekuat yang disangka, aku lemah, hampir setiap malam aku menangis, akhirnya aku merayu kepadanya untuk kembali seperti dulu namun dia macam endah tak endah, namun pada 14 februari 2011 dia setuju untuk bagi aku peluang kedua. namun ia tidak semudah yang dirangcang. dia terlalu berbeza dari lelaki yang aku kenal dulu. mungkin hatinya terlalu sakit dengan keputusan yang aku buat. bila dah kembali semula kadang-kadang saja dia balas masg aku, kadang-kadang saja dia menjawab panggilan aku, keadaan ini berlaku hampir seminggu dan akhirnya aku mengambil keputusan tidak memikirkan lagi hal itu. aku serahkan semuanya pada ALLAH. pernah tak boyfriend korang msg saat korang kuar shopping bersama kawan-kawan, tentu ada bukan. apa yang dia tanya? sudah semestinya apa yang korang beli bukan. namun dia terlalu berbeza pernah korang terfikir soalan ini yang akan ditanya dia' solat zohor dimana' dan buat jamak ka'?..terkelu aku...dia terlalu berbeza bukan hendak membezakan dia dengan mana-mana lelaki namun dia terlalu berbeza. aku ad sebab kenapa aku mengambik keputusan untuk putus...nanti aku ceritakan dalam entry yang akan datang kenapa aku minta putus...kerana aku menjaganya dari dijilat apai neraka...bersua kembali dalam kerana saya sayang awak...assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment