minta maaf ye...blog nie dibuat sebagai satu diari luahan hati insan yang hina ini...kalau bosan tu minta maaf la ye...enjoy your self....

Friday, January 7, 2011

cinta ku ini...

Percaya adanya cinta lebih baik dari membenci,

Kadang kal kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam hidup kita,

Adakah bahagia atau pun derita?

Cinta boleh membuat sang pencinta menjadi gila,

Kadang kala boleh mengalirkan air mata pada sesuatu yang terlalu remeh,

Ini kerana hati sang pencinta terlalu sensitive pada sesuatu yang berkaitan dengan pencintanya,

Marah pada diri sendiri jika dia marah pada pencintanya,

Bak kata orang lebih baik bercinta dengan orang yang mencintai kita dari mencinta orang yang kita cinta,

Kerana walau apapun yang berlaku cintanya akan tetap dihati,

Andai aku tidak mampu untuk membalas cinta mu itu ku harap kau akn bahagia dengan orang yang mencintai dirimu, kerana disitu ku mampu melihat senyuman mu mekar penuh warna,

Andai aku tetap kau pilih menjadi suri hati mu,

Hanya satu yang ku pinta tetap setia mencintai aku walaupun aku bukan seperti yang kau impikan dulu,

Mungkin terlalu banyak khilaf pada diriku kerana aku hanya wanita biasa yang sering melakukan kesilapan,

Ku pinta pada mu tetap sabar melayan karenahku yang kadang kala menyakitkan hati mu,

Betulkanlah aku dengan perlahan kerana aku dijadikan dari tulang rusukmu yang bengkok,

Jika kau membetulkannya penuh dengan perasaan marah mungkin aku akan patah dan tidak berguna lagi untukmu,

Cintailah aku seadanya aku kerana jika kau mencintai aku kerana kecantikan aku satu hari nanti aku mungkin bukan lagi wanita yang tercantik,

Cintailah aku bukan kerana aku mempunyai harta dan wang ringgit kerana mugkin satu hari nanti aku akan menjadi muflis,

Cintailah aku seadanya aku bukan kerana apa yang aku miliki kerana aku takut andai kau memiliki aku satu hari nanti dan kau dapati apa yang kau harapkan dari aku itu tiada pasti kau akan kecewa…

Aku hanya wanita biasa yang mengharap cinta yang tulus suci dari mu..hargailah cintaku ini kerana cinta ku bukan untuk dipermainkan, bukan untuk didustakan dan buka untuk menjadi barang pemuas nafsu mu…

Sempurnanya diriku kerana adanya kamu, tabahnya diriku kerana kesabaranmu, setianya aku kerana kejujuranmu,…cintailah aku seadanya aku wahai sayangku..

No comments:

Post a Comment