Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)
Monday, January 17, 2011
nurcahaya
cinta aku pada dia buat aku lebih mencintai yang maha pencipta,
sayang aku pada dia buat aku lebih sayang pada yang satu,
kasih aku pada dia buat aku lebih kasih pada malam-malam-NYA..
moga disitu terbit satu perasaan yang membuatku tidak lupa pada-NYA,
disaat aku bersama dia buat aku sentiasa bersama-NYA,
moga dia insan yang akan membawa ku kejalan-NYA,
dan aku akan membawa dia kesyurga-NYA,
Sunday, January 9, 2011
ajl 25...
tercipta satu rangkaian cerita....
sofea jane hanyut dalam cinta sempurna,
dia kata kebahagian dalam perpisahan dan akhirnya ucap selamat malam sayang,
sambil berlari dia berkata selagi ku ada kamu tiada noktah cinta,
saja tadi nak wat drama king jahatnya kamu,
tolong ingatkan aku untuk mencari konklusi dalam terang cahaya pelita,
hahaha...extravaganza...
Friday, January 7, 2011
cinta ku ini...
Percaya adanya cinta lebih baik dari membenci,
Kadang kal kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam hidup kita,
Adakah bahagia atau pun derita?
Cinta boleh membuat sang pencinta menjadi gila,
Kadang kala boleh mengalirkan air mata pada sesuatu yang terlalu remeh,
Ini kerana hati sang pencinta terlalu sensitive pada sesuatu yang berkaitan dengan pencintanya,
Marah pada diri sendiri jika dia marah pada pencintanya,
Bak kata orang lebih baik bercinta dengan orang yang mencintai kita dari mencinta orang yang kita cinta,
Kerana walau apapun yang berlaku cintanya akan tetap dihati,
Andai aku tidak mampu untuk membalas cinta mu itu ku harap kau akn bahagia dengan orang yang mencintai dirimu, kerana disitu ku mampu melihat senyuman mu mekar penuh warna,
Andai aku tetap kau pilih menjadi suri hati mu,
Hanya satu yang ku pinta tetap setia mencintai aku walaupun aku bukan seperti yang kau impikan dulu,
Mungkin terlalu banyak khilaf pada diriku kerana aku hanya wanita biasa yang sering melakukan kesilapan,
Ku pinta pada mu tetap sabar melayan karenahku yang kadang kala menyakitkan hati mu,
Betulkanlah aku dengan perlahan kerana aku dijadikan dari tulang rusukmu yang bengkok,
Jika kau membetulkannya penuh dengan perasaan marah mungkin aku akan patah dan tidak berguna lagi untukmu,
Cintailah aku seadanya aku kerana jika kau mencintai aku kerana kecantikan aku satu hari nanti aku mungkin bukan lagi wanita yang tercantik,
Cintailah aku bukan kerana aku mempunyai harta dan wang ringgit kerana mugkin satu hari nanti aku akan menjadi muflis,
Cintailah aku seadanya aku bukan kerana apa yang aku miliki kerana aku takut andai kau memiliki aku satu hari nanti dan kau dapati apa yang kau harapkan dari aku itu tiada pasti kau akan kecewa…
Aku hanya wanita biasa yang mengharap cinta yang tulus suci dari mu..hargailah cintaku ini kerana cinta ku bukan untuk dipermainkan, bukan untuk didustakan dan buka untuk menjadi barang pemuas nafsu mu…
Sempurnanya diriku kerana adanya kamu, tabahnya diriku kerana kesabaranmu, setianya aku kerana kejujuranmu,…cintailah aku seadanya aku wahai sayangku..
cintamu dan cinta-NYA
kebahagian dlm sebuah perpisahan...
uhuhuhhu...
ssah nak fhm org lg ssh org nak fhm kita,
cuba untk fhm org adakh org cuba untk fhm kita?
betul ke cinta tu buta atau org yang bercinta tu yang buta?
ap ad dgn sayang?
apa ad dgn cinta?
apa ad dgn kasih?
.............................................
mugkin xsemua org mmpu memberi jwapan dgn tepat,
ad yg menjawab tergagap2,
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
andai cinta itu bukan milik ku,
ku serah segalanya padaMU ya rabb,
kuatkanlah hati ku untuk menempuh hari mendatang
dan kau tetap kan imannya ya rabb agar dia terus mencinta penciptanya,
bukan lagi cinta manusia yang sia2,
andai cinta itu milik ku,
ku serahkan juga padaMU ya rabb,
tetapkan lah iman kami untuk teruas mencari sebuah cinta yang sempurna dari sang pencipta cinta,
jangan kau lalaikan kami dengan cinta dunia, cinta manusia..
andai dia lelaki yang memang telah kau tetap kan untuk ku,
kau tenang kan lah hatiku ya rabb,
andai dia imam untuk solat ku ya rabb,
kau tetapkan lah iman ku ya rabb agar terus aku berdamping dengan MU bersamanya ya rabb,
andai dia ayah kepada zuriat ku ya rabb,
ku harap dia mampu menjaga dan memelihara mereka menjadi soleh dan solehah, mampu berjuang untuk agama MU ya rabb...
andai dia pembimbing ku,
ku harap dia mampu untuk membimbing aku mencari redhaMU ya rabb...
bukan ku minta wang dan harta ya rabb,
bukan ku minta pangkat dan kemasyuran ya rabb,
hanya yang ku pinta ya rabb cinta yang tulus darinya,
yang mampu membuat ku terus taat kepadanya kerana agamanya,...
cinta ku ini membuat ku mencintai sang pencipta cinta,
ku mohon padaMU ya rabb jangan kau musnahkan cinta ini kerana ku takut andai cinta ini telah hilang dari hati ku,
cintaMU juga mungkin akan hilang dari hati ini ya rabb,
bukan aku terlalau memuja cinta manusia tapi dengan cinta manusia aku makin bersyukur padaMU ya rabb, makin mencintaiMU ya rabb...KAUlah satu2nya cinta teragungku...tidak mampu ditandingi oleh cinta manusia yang kadang kala penuh dengan tipu daya...
assalamualaikum...