minta maaf ye...blog nie dibuat sebagai satu diari luahan hati insan yang hina ini...kalau bosan tu minta maaf la ye...enjoy your self....

Saturday, November 26, 2011

salam maal hijrah 1433

salam maal hijrah 1433 kepada semua rakan2 yang dikenali secara langsung atau tidak langsung....bila masuk je tahun baru mesti adalah azam baru yang bakal dibuat...seperti tahun sebelum2 nie banyak juga azam tahun baru..tapi tahun nie ada kelainan sikit sebab azam yang aku buat pada tahun baru islam...
antara azam aku ialah:
::solat 5waktu diawal waktu.....ada waktu aku boleh solat diawalnya tapi ada waktunya pula liat btl...

::aku nak bangun awal....heheehee...nma ja anak dara tapi bangun tengahhari...huuhhu...ayah dan mak aku pun penat meleter...laku ke tak anak dia nie...hiihhiii...insyaALLAH ayah ada jodoh dapat la menatu lelaki sulung...

::nak ubah cara pemakaian aku...aku akui aku cara pakaian aku bukan la teruk sangat cuma aku nak improve jd lebih baik lagi...mudah2an...

::ubah cara percakapan....kalau bab bercakap nie mmg susah almakllum orang perempuan..bila dah jmpa geng mcm2 crita akan kluar....kurangkan kontroversi tngkatkan iman dihati...


:::nak kawin.....buat pertama kalinya ada dalam list azam tahun baru aku....calon belum ada lagi insyaALLAH kita dah diciptakan berpasang2an, dia ada tunggu disatu simpang..susuk tubuh badannya masih samar2 lagi...moga ada pertemuan yang diredhai ALLAH dan kedua ibu bapa...

insyaALLAH moga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH...hanya padaMU ku berserah..

Sunday, November 13, 2011

tanpa kita sedari...

malam ini,
ku sendiri lagi sunyi sepi menyendiri,
hanya mampu ku lalui dan alami,
tanpa ku sedari ku tak sendiri,
ada ALLAH untuk temani.

malam ini,
ku terluka lagi dengan sikap manusiawi,
terus menangis lagi tanpa air mata dipipi,
ku terus terlupa lagi ku bukan sendiri,
ada ALLAH penawar hati.

malam ini,
ku terpedaya lagi oleh duniawi,
tak pernah penat mengejar dan mencari,
rupanya ku terlupa lagi ada tempat yang kekal abadi,
disana diakhirat yang kekal abadi.

malam ini,
ku sedari ku bukan sendiri,
walaupun sepi tanpa manusiawi,
masih ada ALLAH yang setia menemani,
walau kadang DIA dilupai.

tanpa kita sedari ALLAH setia menemani,
siang malam pagi petang,
saat terjaga mahupun lena,
tanpa jemu tetap setia.

tanpa kita sedari???
ALLAH ada bersama kita...
melihat, mendengar...

Saturday, November 12, 2011

dah lama...

dah lama dah aku tak mengarang sajak atau yang seumpamanya...dulu masa sekolah menengah rajin juga aku mengarang sampai aku buat satu buku..tapi dah lama dah sejak aku masuk universiti nie aku rasa macam dah kering dengan iddea...insyaALLAH nanti aku publish semua karya aku untuk tatpan semua...sekarang tak kot sebab buku karya aku tu ada kat kampung so kena tunggu aku balik kampung baru boleh aku post kat sini...insyaALLAH aku akan cuba untuk berkarya balik...dan aku minat menulis...rindu pula zaman menulis dulu...kadang bila time exam la banyak kuar idea2..abis kertas soalan aku conteng dengan karya aku...dah xsabar nak publish kat sisni....tunggu yee..

sedar atau tidak

dia sedar ataupun tidak yang aku dah unfriend dia dari list friend kat fb.?kalau dia sedar itu bererti dia masih mengambil tahu tentang aku tp kalau dia tak sedar itu bererti aku dah tidak ada lagi dalam hidup dia...aku buat semua ini untuk kebaikan aku juga sebab aku dah tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan dia, dah tak nak tahu apa-apa lagi pasal dia, seriusly dia dah banyak berubah..dia dah jadi insan yang aku tak kenal...dia sedang bahagia dengan hidup dia itu yang aku pasti kerana dah dekat 2minggu dia tak call aku...bukan apa kerana bila dia ada problem orang yang dia cari adalah aku tak kira la pukul 2 3 pagi sekalipun dia akan message ataupun call aku...so aku andaikan dia sedang bahagia

p/s: sorry la kalau entry2 nie banyak mengisahkan tentang lelaki yang pernah kecewakan aku...blog nie aku buat untuk luahan hati aku....

Wednesday, November 9, 2011

raya aidiladha...

sayu je hati raya haji tahun nie coz tak dapat balik kampung disebabkan ada aktiviti universiti ke sic sepang....huuhhuuhuu....sebenarnya nie bukan kali pertama aku xbalik pernah juga first sem dulu aku tak balik sebab cuti kejap je....sedih sangat tahun entah nape rasa sayu ja hati masa pagi raya tu...dan yang paling best walaupun adik yang send msg ucap selamat hari raya tetap buat ku tersenyum...rindu ayah...uhuhuhuhuuu....