minta maaf ye...blog nie dibuat sebagai satu diari luahan hati insan yang hina ini...kalau bosan tu minta maaf la ye...enjoy your self....

Thursday, May 29, 2014

aku sekarang

Dah setahun lebih ak abis study..dok menanam angur he kat umah...awal tahun lepas ak keja mengasuh sepupu aku dr January hingga oktober 2013 lepas tu aku tanam anggur balik...January hingga mac 2014 aku keja kilang kat kuala Lumpur operator je la..tu pun kejap je sebab asyik dok gaduh dgn budak Nepal kat situ...so sekarang ni tanam anggur la balik...lepas ni insyaallah akan berbisnes plak bisnes keluarga...
Salam.,..
Dah lama xjengah blog dah bersawang dah...
Banyan bnda nak kongsi ni...
Tgu next post...
Daaaa


Sunday, September 9, 2012

aidilfitri yang indah

sunggu bermakna aidilfitri pada tahun ini coz solat sunat aidilfitri imamnya adalah mylovely father...

terdetik dihati juga aku anak tok imam...huhuhuhuhuu....

so bila orang dah kenali ayah dengan panggilan tok imam memang tanggungjawab yang sangat berat semoga ayah mampu pikul amanah itu...

jika arwah mak masih hidup mesti arwah juga berbangga dengan ayah kerana mampu tuk menjadi imam bukan saja di rumah tapi juga di masjid...

bila label sebagai anak tok imam banyak juga cabarannya coz perlu menjaga tingkah laku dan tata tertib...

insyaALLAH... nanti anak mu ini bagi hadiah yang tak ternilai buat mu....menantu(tok imam)...yang terbaik tuk ayah...

praktikal dekat tm

mula-mula memang takut juga untuk hadapi dunia kerjaya yang sebenar tapi bila dah hadapi semuanya berjalan dengan lancar..


mula-mula bosan juga coz tak dak kerja yang nak kena buat tapi bila dah lama kat situ memang best and dapat keluar bertemu dengan pelanggan..buat even tu yang best..mesra dengan kakitangan tm sungai petani..
walaupun dah habis praktikal tapi ukhwah yang terjalin masih utuh...
rasa rindu sangat nak balik praktikal semula dekat tm...

terima kasih pada semua kakitangan tm sungai petani bahagia consumer sales yang telah banyak membantu saya dan tu bahagian sme juga...tq....

tuk kawan-kawan praktikal juga terima kasih dengan kenangan yang terindah itu...


Tuesday, May 15, 2012

tension

apa nak jadi ni....dok tension cari tempat praktikal tak dapat-dapat lagi...mana lagi la aku nak cari...
nampak macam tak bersungguh tapi nak pening pala dah dok fikir...aku ada lesen kereta aku dah tak fikir jauh ka dekat..janji aku dapat tapi nak wat lagu mana jangan kata lesen keta motor pun xdak...xmau nak menyusahkan orang sebenarnya..tapi nak wat macam mana terpaksa la...

ada seminggu lagi...so berusaha dan terus berusaha...

mana lagi mahu pergi....


jom terbang tinggi..
flying without wings...

:)

Monday, May 14, 2012

pergi saat indah

Dalam keheningan
Dan hadir bayangan
Kerana percintaan 
Yang berangan sesalan

Ku rindu wajahmu
Sejak kau bertamu
Hanya satu dari dulunya
Selalu untukmu

Kembalilah tak ingin
Berulang kisah
Sedetik berpisah
Aku ikut bersalah
Tetap di waktu berubah
Pergi saat indah
Kekasih...

Masih lagi perlu
Mengapa membisu
Ku rayu kepadamu
Luangkanku hatiku

Kita harus menanti
Walau seribu kali
Kemaafan ini
Abadi ke sisi

Tinggal ku sendiri
Merenungi sepi
Fahami hingga nanti
Kau menjadi memori

Ceritera kita
Berakhir segala
Bahagia akan tiba
Suatu masa semula
Oh...oh...ouh...








dengar lagu ni saat tengok cerita aduh sayang, lakonan tiz zakiah dengan remy ishak....


menyentuh sanubari....dengar ja lagu ni serius tiba-tiba teringat dekat seseorang yang 'istimewa'...


walaupun sudah tinggal kenangan dan mungkin dia sekarang ni bahagia dengan hidup namun dia tetap dalam hati ini....


aku hanya manusia biasa...



Monday, April 30, 2012

aku adalah aku...

selama perjalanan hidup ini aku hanya buat ikut kehendak aku ja...segala keputusan datang aku sendiri...lebih dalam bahasa mudah hidup berdikari...sedari kecil tinggal dengan nenek..aku belajar berdikari...apa-apa pun aku hanya minta keizinan sahaja...

andai kata aku meminta pertolongan dari seseorang itu bererti aku betul2 memerlukan bantuan kerana waktu itu aku sudah tidak boleh untuk beerfikir secara nyata lagi...

so dari sebab itulah aku cukup tidak dapat menyakinkan diri ku untuk meminta pertolongan dari orang lain, aku akan berfikir 2 3 4 kali untuk meminta pertolongan walaupun dari keluarga sendiri..cukup susah untuk aku meminta pertolongan..

andai kata aku punyai masalah pun akan aku pendam seorang diri dan andai aku membuka cerita berkenaan dengan masalah aku kepada orang lain itu bererti aku sudah tidak berdaya lagi untuk terus memendam rasa..


kenapa???

kerana aku fikir tidak perlu untuk aku menceritakan segala masalah aku kepada orang lain..biarlah aku merasa pahit manis hidup ini...

kenapa???

kerana insan disekeliling tidak pernah untuk menyoal akan masalah yang aku hadapi..

mengapa???

kerana aku fikir mereka tidak mengerti aku, siapa aku yang sebenarnya
aku insan yang cukup perahsia
andai punya masalah
andai aku bersedih
senyuman tetap terukir dibibir
andai terluka hati 
tidak perlu ku crita seluruh dunia.

aku cuma ingin insan disekeliling aku mengerti jeritan batin ku yang meronta-ronta memerlukan perhatian dari kalian...

aku akui aku jarang untuk telefon ayah untuk bertanya khabar??
adakah kau bertanya kenapa??
kerana aku tidak tahu bagaimana untuk ku memulakan bicara..kerana sedari kecil aku bukan dibawah jagaan ayah..aku terlalu kekok untuk bertanya...namun kau perlu tahu kadang jika aku bermessage walau hanya untuk meminta wang belanja di universiti ayah tetap bercerita situasi dikampung...

aku tidak pernah mempersoalkan tanggungjawabmu kepada adik-adik mu..sedangkan aku sendiri tidak pernah menyoalkan kepada adikmu ini akan masalah...

sungguh aku kecewa kerana itu aku lebih suka memndam rasa seorang diri
andai aku sudah tidak mampu untuk terus memendak rasa aku hanya luahkan hanya kepada mak su yang menjaga aku sedari kecil...hanya dia tahu masalah aku seprti pepatah sekilas ikan diair sudah ku tahu jantan betina....

biarlah aku dengan cara aku...
asalkan aku tidak menyusahkan kalian...

aku adalah aku tidak akan menjadi orang lain...

:)